Friday, September 08, 2006

Impian dan angan-angan

Setelah seminggu saya menghabiskan waktu bersama famili di kampung, membuat saya terfikir yang keluarga adalah segala-galanya. Mengambil kata-kata Dr. Sheikh Muzaffar yang menjadi calon angksawan Malaysia, selagi ada sokongan yang kuat dari keluarga dan adik-beradik, kita akan mampu menacapi impian kita.

Impian? Apa impian saya? Anda? Mungkin Dr. Muzaffar mengimpikan menjadi warga Malaysia pertama menjadi angkasawan, bagaimana dengan impian saya dan kalian? Ada impian ke, atau sekadar mengikut kemahuan hati dan nafsu untuk menjalani hidup ini?

Fikirkanlah sejenak kenapa kita lahir di muka bumi tuhan ini. Adakah kita ingin mengumpul wang, harta, isteri, suami atau apa-apalah? Atau sekadar menjadi Hamba Allah yang memenuhkan masa di dalam rumah tuhan sahaja? Fikirkanlah.

Impian dan cita-cita itu penting tapi perlu diikuti dengan usaha yang jitu dan berterusan bukan hanya angan-angan tahi ayam.

No comments: