Monday, August 21, 2006

Hari yang diingati-27 Rejab 1427H

Mungkin tiada apa-apa yang diperbualkan oleh rakyat Malaysia mahupun Indonesia hari ini melainkan hari penting bagi penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza, hari pertunangan dan pernikahannya dengan lelaki yang bertuah Datuk K. Cuma tinggal 9 jam dari sekarang (1.30 am), Siti akan bergelar isteri orang dan mulai detik ini jugalah Siti perlu patuh dan mengikut arahan dari suaminya. Mungkin sebelum ini, keluarga Siti banyak membuat keputusan untuk Siti, tapi sekarang akan berubah kerana suaminya pula akan membuat keputusan bagi pihak Siti. Kita sebagai peminat perlulah berdoa untuk kesejahteraan mereka bukannya mencemburui mereka berdua.

Selepas saya menonton cerita Sampaikan Siti & Datuk K jam 12.30 am tadi, saya mula terfikir seperti ingin menyambut Hari Raya mana taknya siap ada rancangan ucapan sekali.Tak macam hari raya ke? Sampai macam tu sambutan perkahwinan Siti, meriah tapi sederhana..? Mungkin sesetengah peminat tak berpuas hati kerana menganggap Siti sebelum ini adalah terbaik, dan itulah punca Siti popular, bukannya macam sesetengah artis reality@baru yang cepat naik sebab aura tapi cepat lupa diri padahal suara macam kerbau panggil burung suruh makan lalat tapi popular. Itulah beza Siti Nurhaliza dan ……?

Apa-apa pun Siti da memilih orang yang akan hidup di sampingnya. Dan kita sebagai peminat Cuma perlu berdoa akan kebahagiaan mereka. Amiin. Ok lah sedikit trivia tentang perkahwinan gemilang Siti Nurhaliza dan Datuk K.



1. Mas kahwin Datuk K untuk Siti Nurhaliza adalah RM 22 222 bersamaan 22 tahun 2 bulan dan 2 hari AlQuran diturunka. Berkat..
2. Siti akan menggunakan khidmat Khoon hooi, Micheal Ong, Embun, Radzuwan, dan Anna Avanti akan menjadi Fashion designer pada hari bahagia itu.
3. Tema untuk keluarga Siti ialah perak dan hijau manakala Datuk K ialah merah jambu, emas dan krim.
4. Siti akan menjadi ibu untuk 4 orang anak Datuk K.
5. Dua orang jurumekap untuk Siti nanti iaitu Nurul Shukor dan seorang dari Indonesia.
6. Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk perkahwinan gemilang ini mencecah 5 juta ringgit tetapi cuma RM 500 ribu yang dikeluarkan oleh Datuk K dan Siti. Yang lain mendapat tajaan TV3, Hotlink, Olay, Pantene, Rafflessia, Lewre, Maybelline, PWTC dan lain-lain.
7. Siti berumur 27 tahun akan berkahwin dengan Datuk K berumur 47 tahun yang merupakan lelaki ke-7 digosipkan dengan Siti. Mengumumkan perkahwinan mereka pada 17.7.06. Sebanyak 7 orang artis akan membuat persembahan di KLCC.

Perkahwinan Gemilang diingati oeh rakyat Malaysia tapi jangan lupa kisah nabi Muhammad semasa Israk dan Mikraj……Selamat Pengantin Baru dan Selamat mengenang perjuangan Nabi Muhammad semasa Israk Mikraj.

Saturday, August 19, 2006

IFC-Pertubuhan untuk Muslim yang murtad!!!!

Selepas aje solat Jumaat petang tadi, saya pun terperanjat ada dengar orang bertakbir di perkarangan masjid, saya pun terus keluar dan lihat ramai warga universiti dah berada kat luar masjid. Saya pun tengokla apa yang terjadi, rupa-rupanya mahasiswa tengah buat demonstrasi tentang apa itu IFC. apa tu IFC? Saya pun tak tau apa tu IFC, jadi saya pun terusla bertanya kat kawan-kawan.Rupa-rupanya IFC tu ialah satu pertubuhan yang mengumpul orang-orang Islam yang dah murtad(teringat kes Lina Joy).Ish..ish..Apa la nak jadi kat Malaysia yang dah tua 49 tahun ni.Jadi saya pun nak kongsi ngan anda semua apa iti IFC..

1. Kelab yang mengumpul orang Islam yang murtad.
2. Dan yang paling terperanjat ialah dibiayai oleh.....MAXIS!!
3. Disokong oleh SIS(Sisters in Islam)

So marila sama-sama kita sebagai warga Malaysia menentang kewujudan IFC ini.Anti-Yahudi, no 1 terrorist in this world.


NO IFC!!
ISRAEL ADALAH PENGGANAS DUNIA!!

Ramalan Anugerah Era 06

Tinggal beberapa hari lagi untuk AE06 akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Harap-harap kita semua akan dapat menyaksikan sebuah majlis yang tak seboring seperti anugerah era yang dulu-dulu. Bagi saya Anugerah era masih bukan rancangan yang Mesti Tonton, tak ada umphh macam AF ke, OIAM ke, Mentor dll. Harapan supaya AE akan belajar daripada kesilapan. Kalau tak buat ape nak buat AE lagi kalau taka de sebarang improvement. Betul tak? Jadi kita nantikan sajalah majlis yang tak seberapa ni. Berikut ramalan saya untuk AE06.


1) Artis Harapan Pilihan
Bagi saya kita semua dah tahu siapa yang akan menang. Anugerah ni akan jadi titik mula untuk Mawi samada peminat masih sayangkan dia atau tak. Bagi saya harap-harap Mawi kalah la coz saya tak pernah berkenan dengan perangai mamat ni. Tapi apakan daya, peminat yang menentukan.
Menang: Mawi
Tak mungkin menang: Adibah Noor, Felix, Idayu dan Nikki

2) Vokal Wanita Pilihan
Seperti yang dijangkakan, ini favourite untuk peminat-peminat CT mengundi artis kesayangan mereka(termasukla saya) untuk bawa balik award ni. Anugerah ini mungkin jadi petanda samada peminat merestui Datuk K atau tak. Kita nantikan adakah CT akan menerima hadiah perkahwinan dari peminatnya.
Menang: Datin Siti Nurhaliza
Underdog: Dayang Nurfaizah
Perasan nak menang: Adibah Noor(dah dua dah kalah), Farah dan Jac

3) Vokal Lelaki Pilihan
Sekali lagi bila ada aje nama Mawi confirm dia yang bawak. Tapi apa-apa pun berdasarkan anugerah untuk harapan, kalau Mawi menang, sekali lagi dia akan menang anugerah ni walaupun vocal dia tak sehebat Hazami atau M nasir.
Menang: Mawi
Tak mungkin menang: Hazami, Adam, M Nasir dan Zahid

4) Vokal Duo Berkumpulan
Sekali lagi Mawi dan Datin kita akan bersaing. Rasanya aura Mawi lagi hebat dari CT, tapi saya tetap akan undi CT sebab dialah satu-satunya penyanyi M’sia yang berbakat bukan berdasarkan popularity(Mawi). Cuma yang membezakan vote ialah, peminat MNasir dan Too Phat.
Menang: Datin Siti Nurhaliza ft Too Phat
Underdog: Mawi ft M Nasir
Cukupkan top 5: Nikki ft Zahid, Ruffedge dan Spider ft Ella

5) Band Pilihan
Menang: Peterpan
Underdog: Dewa
Lain-lain: Exists, Radja dan Pretty Ugly

6) Irama Global Pilihan
Menang: Aduh Saliha-Mawi
Tak mungkin menang: Dendang sahutan, Habib Ya Habib, Racau Sang Khalifah
Perasan nak menang: Hantaran Hati(tak pernah dengar pun)

7) Lagu Nasyid Pilihan
Menang: Semua mungkin menang

8) Artis Inggeris Tempatan
Menang: Jaclyn Victor
Underdog: Estrange

9) Lagu Rock Pilihan
Menang: Diari Seorang lelaki-Pretty ugly
Underdog: Jujur-Radja

10) Lagu Pop pilihan
Sekali lagi CT akan bertembung dengan Mawi. Terbaik vs aura. Kita nantika saja siapa yang akan menang. Harap Datin kita akan menang. Tapi Biarlah rahsia dah tak jadi rahsia lagi.
Menang: Biarlah Rahsia-Datin Siti Nurhaliza
Underdog: Kian-Mawi
Mungkin akan menang: Lagu jiwa lagu cinta, Kasih dan caramu

11) Video Muzik Pilihan
Menang: Lagu Jiwa Lagu Cinta(walaupun video klip murahan dan bodoh. Kalau menang tak tau la nak cakap apa ngan peminat Mawi)

12) Pilihan Kaki Wayang
Menang: Gol & Gincu
Underdog: PHSM 2
Mana filem terbaik FFM 19, Gubra???

Kita nantikan saja majlis yang tak seberapa ni..Nantikannya!!!!8.30 PM di Astro Ria pada 9 September 2006.

Wednesday, August 16, 2006

CT-Datuk K: Cinta sejati

PETALING JAYA: “Saya bukan perampas suami orang,” kata Siti Nurhaliza ketika ditanya mengenai cakap-cakap segelintir pihak mengenai perkahwinannya dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

Penyanyi tersohor itu berkata, tuduhan berkenaan terlalu menyakitkan untuk diterimanya kerana perkara sebenarnya berbeza.

Dalam sesi Minum Petang & Ramah Mesra bersama media di Penthouse, Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam, Khalid yang turut hadir, meminta kerjasama media supaya tidak mengeruhkan lagi suasana.

“Apa yang dilakukan demi kebaikan. Justeru, kehadiran kami hari ini (semalam) untuk memberi peluang terbuka menjawab persoalan yang belum terjawab.

“Saya akan cuba setakat yang boleh. Saya harap media ikhlas memberi soalan. Insya-Allah kami ikhlas menjawabnya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Farid Ridzuan; Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima, Eliza Mohamed; abang Siti, Saiful Bahari dan isterinya, Rozie Abul Razak.

Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 47, berkahwin dengan Tengku Zawyah Tengku Izham pada 1986 dan bercerai secara rasmi pada 12 Mac 2005.

Mereka dikurniakan empat anak lelaki, Mohamed Anas Zawawi, 19, Mohamed Adib, 16, Mohamed Asyraf, 14, dan Mohamed Aazief, 8.

Berikut antara soal jawab media bersama Siti dan Khalid.

MEDIA (M): Apakah status Datuk Khalid ketika mula menjalin hubungan dengan Siti?

DATUK K (DK): Sebenarnya saya menantikan soalan ini. Secara jujur dan ikhlas, sebagai orang Islam dengan nama Allah hubungan dengan Siti berlaku selepas bercerai dengan isteri. Perceraian kami tiada kena mengena dengan Siti. Anda boleh mendapatkan fakta daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Tolonglah jangan diperkatakan lagi perkara ini.

Sama ada Siti ada atau tidak, perceraian itu tetap berlaku. Selama ini saya tidak jelaskan kerana tidak ditanya dan ia juga terlalu peribadi.

Tapi nampaknya ia terlalu banyak diperkatakan. Sebenarnya, kami cerai sekali pada 1998 tetapi kerana kasih sayang saya kepada anak serta memberi peluang kedua kepadanya (Tengku Zawyah), kami rujuk semula tiga bulan kemudian.

Kemudian pada 2002 hingga 2003, sekali lagi berlaku masalah dan perselisihan faham sehingga sampai satu peringkat, saya berjumpa guru agama untuk mendapatkan nasihat.

Mereka nasihatkan saya membawa perkara ini ke mahkamah dan biar mahkamah jatuhkan hukum.

Saya akui kesalahan saya tetapi saya bukan menceraikannya tapi perceraian ini berlaku kerana dia melanggar persetujuan bersama. Saya jelaskan di sini bahawa ia bukan berpunca daripada Siti.

M: Komen Siti dituduh perampas suami orang?

SITI: Bagi saya tuduhan itu terlalu menyakitkan kerana perkara sebenarnya berbeza. Kami mula kenal sebagai rakan bisnes dan berjumpa sekadar makan. Ketika itu tiada apa-apa hubungan. Selepas Konsert Royal Albert Hall di London, barulah saya betul-betul mengenalinya. Apapun, saya faham situasi ini (masalah rumah tangga Khalid) dan hanya mampu bersabar dengan tuduhan itu. Saya tahu tiada gunanya melawan.

M: Adakah Siti kenal rapat dengan Tengku Zawyah?

SITI: Saya mengenalinya tetapi tidak rapat dan berjumpa ketika diundang menghadiri majlis makan.

M: Bagaimana hubungan Datuk mula terjalin dengan Siti?

DK: Sebenarnya saya ingin berkongsi rahsia ini dengan semua. Ada satu insiden saya membuat kejutan besar untuk Siti. Satu hari ketika dalam kapal terbang ke Eropah, saya menghubungi Siti melalui telefon kapal terbang. Ia menyentuh hati Siti.

Sebenarnya saya takut meluahkan kata rindu kepada Siti, bimbang hubungan jadi tegang. Bukan kerana Siti garang tetapi saya segan.

M: Bagaimana reaksi Siti apabila menerima panggilan itu?

SITI: Dalam hati saya tidak sangka Datuk Khalid menghubungi saya dari kapal terbang.

M: Adakah ini cinta pertama Siti?

SITI: Saya boleh katakan ini betul-betul cinta sejati. Sebelum ini saya perlu mengenali ramai orang. Tapi untuk melihat kejujurannya, inilah orangnya.

M: Bagaimana Datuk melamar Siti?

SITI: Tarikh istimewa ialah 5 Julai lalu. Sebenarnya saya memang tidak tahu mengenai kunjungan Datuk Khalid ke rumah keluarga saya pada 23 Jun lalu. Memang saya tiada di rumah ketika itu (23 Jun) dan saya tidak berbohong dengan media. Bagaimanapun, selepas itu ada kunjungan susulan untuk merisik dan menyarungkan cincin sebagaimana dilaporkan akhbar tabloid tapi bukan pada 23 Jun.

M: Komen Siti mengenai kenyataan Tengku Zawyah dalam Harian Metro (semalam) mengatakan dia tersinggung dengan kenyataan Siti?

SITI: Saya dengan merendah diri meminta maaf. Apa yang dilaporkan ketika sidang media pada 17 Julai lalu, jauh di sudut hati tidak berniat mengambil alih tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak-anak Datuk Khalid. Apa yang saya lakukan ialah menjawab soalan media dengan positif. Mungkin ia kurang jelas kerana agak ringkas. Saya faham bahawa saya tidak akan dapat menggantikan tempatnya.

M: Adakah anak ketiga Datuk, Ashraf ‘anak ayah’ kerana hadir di majlis sidang media khas pada 17 Julai dan difahamkan menjadi satu-satunya anak Datuk yang akan hadir pada hari perkahwinan nanti?

DK: Saya ada empat anak. Anak sulung saya di Australia manakala anak kedua, ketiga dan keempat bersama ibu mereka. Mereka semua sudah berjumpa Siti termasuk yang di Australia dan tiada seorang pun daripada mereka yang tidak merestui perkahwinan saya.

Saya juga tidak pernah menghalang mereka untuk menghadiri perkahwinan saya nanti, malah mereka mahu hadir kerana saya ayah mereka.

Tapi pada waktu sama mereka perlu menjaga hati ibu mereka. Saya bangga kerana mereka berbuat demikian dan mahu menemani ibu mereka bercuti. Anak bongsu saya berusia lapan tahun dan masih kecil, jadi elok kalau yang sulung dan nombor dua ikut.

Bagaimanapun, anak ketiga, saya tidak pernah halang kalau mahu pergi bersama ibunya tetapi dia mahu tinggal. Saya juga tidak halang mana-mana anak saya datang tapi hanya seorang yang berpeluang datang. Ia bukan satu isu di sini.

M: Apa nasihat Datuk kepada bekas isteri?

DK: Saya minta dia bersabar dan tabah hadapi dugaan. Semua ini ada hikmahnya. Jodoh, pertemuan dan ajal maut di tangan Tuhan. Saya doakan dia bahagia dan selamat di dunia dan akhirat. Insya-Allah, saya tidak akan berhenti menolongnya kerana dia tetap ibu kepada anak-anak saya.

M: Kata orang apa yang kita lakukan hari ini akan datang semula kepada kita. Apakah Siti bersedia berdepan segala kemungkinan itu?

SITI: Insya-Allah, saya berpegang kepada Yang Satu. Apa yang penting niat. Jauh di sudut hati, segala tuduhan dan kata-kata orang saya sudah fikir semua itu.

Saya faham perlu berkongsi kehidupan dengan anak-anak Datuk Khalid. Itu juga sudah saya fikirkan. Saya juga perlu bersabar mengharungi kehidupan yang akan dilalui dan sedar pelbagai dugaan yang akan dihadapi.

M: Apakah Datuk bersedia mengubah fikiran jika anak-anak Datuk menghalang perkahwinan ini?

DK: Jika mereka punya alasan yang kukuh dan ada alasan yang perlu saya pertimbangkan.

Tiada rahsia

Dah dua siri cerita cinta ini ditontonkan di kaca tv3..tapi masih ada segelintir peminat di malaysia dan indonesia still tak puas hati sebab mereka berdua masih berahsia walupun cuma tinggal 4 hari lagi perkahwinan gemilang tu akan berlangsung..Bagi saya cuma beberapa rahsia aje yang dapat dicungkil dari pak besaq dan bakal datin.satu, panggilan manja datuk k ialah pak besaq dan dua, kak siti kita suka makan strawberry bercecah coklat..mmmmm..itulah makanan paling glamour untuk masa ni.rasa macam nak makan la pulak..kita nantikan episod terakhir tiada rahsia yang akan menemui peminat sabtu akan datang.mesti meriah.masa aku baca kosmo tadi, program tiada rahsia episod 2 cecah 2 juta lebih totonan.wahhhh..hebat lebih kurang 47% dari orang yang tonton malam tu.so, apa lagi kita cungkil lagi rahsia mereka!

Gol & Gincu: The series

Walaupun dah 2 hari episod ni disiarkan tapi kesannya tetap mendalam di hati saya.Kenapa?Sebabnya cerita drama yang konon-konon menceritakan realiti hidup terlalu bersikap terbuka.Episod yang sebelum-sebelum ini menunjukkan hubungan sejenis antara Sazzy dan pengacara 3R.Yang tak patutnya ialah bila Sazzy layan dan nak ber'pakwekan' pengacara 3R tu.Rasanya dalam episod yang sama juga menceritakan bagaimana seorang perempuan bertudung menagajak Sazzy untuk mendengar ceramah agama di masjid tapi ditolak Sazzy.Tak lama kemudian, budak perempuan tu dutangkap kerana berkhalwat dengan Ali(pakai kopiah).wahwahwah..hebatnye kekutan orang yang bercinta sejenis.Dan hebat juga lah Sisters in Islam mempengaruhi minda orang-orang muda kita.Jadi ingatan untuk orang muda, ambial yang jernih dan abaikan yang jeruh.

NTV 7 perosak bangsa dan agama

Ade ke patut ntv7 siar program minum arak waktu rancangannye The Breakfast Show pagi tadi.Terperanjat.Terkedu sambil bingung.Macam mana kejadian ini boleh berlaku di dalam negara Malaysia yang beragama rasmikan Islam dan akan menjagkau 49 tahun. Malaysia semakin bebas ke?Itulah persoalan yang patut diajukan kepada CEO ntv7(agama Islam juga), kerajaan Malaysia dan Media Prima.mmmmmm..tak patut.Kalau saya sebagi PM, tentu akan saman tapi apakan daya hanya seorang pendekar muda(haha).kerajaan Pak Lah tolong buat sesuatu yang bijak.Bukan kerajaan Tun(haha).Apa-apa pun SELAMAT HARI MERDEKA 2006.

hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah bila seorang pendekar bernama Johari Aripin akan publish blog yang pertama kali.Blog ini akan menjanjikan sesuatu yang fresh dan berkualiti sama ada hiburan, pendidikan, atau pun terkini. Saya menjanjikan hidangan istimewa kepada semua pembaca-pembaca blog ini. Ini diharap dapat menjadi satu titik tolak kepada hasil nukilan seorang pendekar bernama johari aripin (pendekar ke???)Nantikan kemunculannya.....biarlah rahsia