Friday, September 04, 2009

Kisah Satu

Satu Malaysia atau 1Malaysia?

Mana satu yang betul ni? Satu Malaysia ke 1Malaysia? Alamak payah betul nak pilih. Ada orang kata satu Malaysia cuma slogan. Ada orang kata juga Satu Malaysia cuma satu sandiwara politik. Ada orang kata juga Satu Malaysia adalah satu bangsa yang duduk di bawah satu bumbung. Adui makin pening kepala aku.

1Malaysia pula? Adakah itu satu sandiwara atau ia cuma satu lambang?Ha susahkan?

Apa yang penting kita semua tinggal di bawah satu negara. Bangsa, mana mungkin jadi satu! Aku Melayu, kau Cina, dan dia India. Kita tiga bangsa yang berlainan. Itulah uniknya Malaysia. Tiga bangsa tapi aman di bawah satu bumbung. Janganlah kita jadi seperti negara seberang kerana obses menjadi satu, lihatlah.Mau jadi seperti itu?

Fikir-fikirkanlah. Aku tetap sokong 1Malaysia!

Thursday, September 03, 2009

Alahai ustaz

'Kau jangan cabar tahap kesabaran aku!!'

Alahai ustaz, sungguh besarkah pangkat ustaz kau? Sungguh maksumkah kau berbanding kami semua? Kami hina sangat ke hingga tidak mampu bersuara.

Alahai ustaz, ingatlah kita ini manusia sementara. Sekarang di bawah, esok lusa siapa tahu kau pula. Jangan sampai bila kami di bawah kau menghina kami sperti orang tak cukup ilmu agama?

Alahai ustaz, kau sudah berpunya walaupun hanya sementara bergelar duda. Aku tahu kau duda pujaan ramai. Muka kau penuh 'Nuuuur', mulut kau penuh dengan kemanisan. Kau pandai berkata-kata hinggakan penyanyi pun boleh terjerat.

Alahai ustaz, kita ini hidup sementara. Tuhan itu tahu siapa benar siapa dusta. Nah ambil lah dugaan ini sebagai balasan kau berdusta di waktu dulu kala. Jangan kau cepat marah atas salah kau sendiri.

Alahai ustaz,kau pulang, renung dan kau taubat.

p/s Ana mengucapkan Selamat Bebuka Puasa.

Wednesday, September 02, 2009

Sinisme oh sinisme

Erm sudah lama rasanya aku tidak menulis di sesawang ini. Mungkin kerana kepala aku diserabuti oleh pemikiran orang-orang yang sinis lagi kolot. Sinis? Ada orang kata gaya penulisan aku agak sinis. Aku sindir, aku kutuk, aku komen dan macam-macam lagi. Semua yang buruk-buruk la.Aku terima dengan hati terbuka cuma sekelumit terkilan.

Aku memang seorang yang suka menyindir orang. Tapi sindiran aku bukan sindiran kosong tanpa membawa sebarang erti. Mungkin orang yang ilmunya cetek sahaja yang tidak faham maksud yang aku ingin sampaikan. Jadi mereka anggap itu kutukan.

Sindiran aku sindiran berguna. Sindiran untuk orang di luar sana faham dan terus memperbaiki diri. Jika kita terus dengan hidup kita tanpa ada orang menyindir, erm hidup la dalam hutan dengan segala haiwan. Kau mahu? Aku tidak.

Aku tidak takut pada sindiran. Jika kau mahu sindir aku, teruskan. Apa aku kisah? Aku juga manusia yang penuh dengan kesalahan. Aku terbuka untuk sindiran jika sindiran itu membina. Aku teruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang atau menuding jari mencari siapa kah gerangan yang menyindir aku. Kau ingat kau sempurna berbanding aku? Tiada sesempurna selain Tuhan Yang Maha Esa. Sedangkan manusia ulung yang kita sanjung, Rasulullah juga di tegur Tuhan. Apatah lagi kita semua. AKu bilang kita semua. Aku, kau, kamu, sesiapa saja yang bergelar manusia akhir zaman.


p/s Aku sindir bukannya aku umpat. Tolong tekan laman sesawang Dewan Bahasa Pustaka cari maksud kedua-duanya jika engkau tidak faham maksudnya.

Friday, August 21, 2009

Kau tiba akhirnya

Akhirnya kau tiba jua.

Aku menanti mu setelah sekian lama. Kau tiba kusambut dengan senyuman yang maha ikhlas. Engkaula penyembuh hatiku. Kehadiran kau membuatkan aku lupa segala bala yang aku cipta. Kau tenang di sebalik segala yang berlaku di dunia ini. Kau segalanya.

Aku sabar dalam menantimu dan aku harap kau jua begitu. Kau jadikanlah aku teman walaupun hanya sementara. Tapi sementara itulah yang amat meggembirakan hatiku. Janganlah kau berlalu pergi begitu saja. Kau jadikanlah aku orang sempurna selepas menemuimu.

Jangan pergi selamanya. Aku merinduimu.

p/s Ramadhan AlMubarak. Ahlan wasahlan.

Monday, August 10, 2009

Seniman Jamal Abdillah




Hebat.
Merdu.
Canggih.
Terpegun.
Tiada cacat cela.

Apa lagi yang patut aku ungkapkan pada malam persembahan Seniman Jamal Abdillah di Istana Budaya. Terpegun dengan vokalnya yang mantap di bantu oleh kehebatan teknologi Istana Budaya. Aku terpegun dengan Istana Budaya dan amat berbangga di Malaysia yang tercinta ini ada juga Istana Budaya yang bertaraf dunia. Tahniah.

Aku bukanlah peminat Jamal tapi bila berkesempatan untuk menyaksikan persembahannya mungkin aku boleh dikatakan peminatnya sekarang. Hahaha

Tahniah Malaysia. Kau tak seburuk yang orang sangka. Aku bangga jadi Anak Malaysia. Walau pemimpinnya bersilih ganti dan bersilih pendapat, aku tetap Anak Malaysia.

Friday, August 07, 2009

Sepi bukan selamanya

Maaf kerana sudah hampir sebulan aku tak bersuara di laman blog ini. Sibuk ape lagi perkataan yang sesuai untuk eksekutif macam aku. Aduhai sampai bila la agaknye kehidupan ini perlu diteruskan.

Ketabahan.
Kesabaran.
dan Kepentingan. Kenapa? Untuk menjadi orang yang lebih baik pada masa hadapan? Cara kotor pun tak apa. Ini Malaysia. Apa takut? Politik berkuasa maa!

Baiklah, kalau bincang isu politik mungkin ini bingkisan terakhir aku kerana aku akan masuk ISA.

Takpela yang penting aku tak terlibat dalam luahan perasaan tempoh hari. Aku masih ada maruah dan akal fikiran untuk membuat sesuatu yang tak berfaedah seperti itu.

Aku tak marah cuma aku ingin orang di luar berfikiran rasional bukan berfikiran emosional.

p/s Teringat Cikgu Isa masa tampar aku waktu di asrama kerana banyak cakap. Hahaha

Monday, June 22, 2009

Pentas 3 Pilih Kasih



Malam Sabtu yang lepas, Malaysia dihidangkan dengan Pentas ketiga Pilih Kasih yang membariskan 18 artis yang berentap untuk menjadi pelapis anak seni tanah air. Seperti yang kita saksikan, tema hitam putih atau zaman keagungan P Ramlee dipersembahkan oleh semua 18 artis Pilih Kasih.

Bagi aku yang menjadi penonton malam itu, beberapa artis telah menunjukkan peningkatan tetapi masih ramai yang mencari-cari bagaimana untuk menjadi pelakon yang berjaya. Akhirnya, seorang artis wanita yang cantik telah meninggalkan pentas kerana mendapat undian sms paling rendah. Ana Dahlia terpaksa akur dengan kehendak penonton walaupun bagi aku dia tidak sepatutnya disingkirkan lebih awal.

Peserta yang mendapat undian terendah malam itu ialah

1. Bea Rameshan (sepatutnya terkeluar)
2. Aris Yamin (undian terendah kerana watak tidak menonjol)
3. Ana Dahlia (tersingkir)

Peserta Pilihan JJ pada Pentas 3

1. Fiona Benard
2. Sofian Bujang
3. Reza Hasbi
4. Diwan Nawi
5. Ahdan
6. Ana Dahlia
7. Ammar Sharoni
8. Nabila Dally
9. U.Haizah
10.Aris Yamin







Jadi, kita nantikan Pentas 4 pada malam sabtu ini di TV2. Nantikan kerana anda akan di selubungi ketakutan dan misteri.

Thursday, June 18, 2009

Kehidupan sebagai Pilihan Kasih orang

Drama drama drama...sekarang musim drama.

Kehidupan ini penuh dengan drama. Ada kisah suka, ada kisah duka. tapi yang paling penting kita semua adalah pelakon di atas pentas ini. Jadi, kenapa nak berebut-rebut pergi ke audition rancangan realiti untuk menjadi pelakon?

Kenapa terlalu ghairah untuk menjadi anak wayang atau menjadi pilihan kasih orang? Itu semua mainan manusia. Siapa manusia untuk memilih kita sebagai pelakonnya? Bukan Tuhan itu lagi berkuasa memilih kita sebagai anak wayangNya? Tak cukup berbangga ke? Aku sudah terlalu berbangga menjadi anak wayang selama 24 tahun ini.

Suka?
Duka?
Pilu?
Apa lagi?
Semua sudah aku rasa.

Cuma kita perlu beringat, bukan kita sahaja pelakon ini. Aku, kau, dia, semuanya. Jadi beramanlah kita semua. Kita hanya sementara. Tiada yang kekal selain dari Nya.

p/s Jangan lupa saksikan Pilih Kasih di TV2. Aku bukan pelakonnya, tapi aku ada bersama pelakonnya. Untuk mengetahui cuma taip pilihkasih.hypp.tv

Monday, June 15, 2009

Hidup perlu diteruskan

Maaf sebab sudah lama tak kemaskini blog ini. Mungkin kerana sibuk dengan tugasan di tempat baru. Maklumlah di sini tempat aku bermula, tapi hati aku masih cacamarba dengan pelbagai perkara kerana aku mungkin tidak akan kekal lama di sini.

Tapi hati ini milik Yang Esa, apa sahaja mungkin akan berlaku pada masa depan. Mungkin di sini kerjaya aku berakhir. Siapa tahu? Kita cuma manusia yang menjadi hambaNya dan cuma pelakon di pentas dunia.

Dua minggu di tempat baru dan pelbagai perkara yang aku dengar dari pelakon yang bergelar manusia di sini.
Baik dan buruk.
Positif dan negatif.
Tak kurang juga tikam menikam dan kutuk mengutuk.

Mungkin inilah kehidupan bangsa aku di tanah air aku juga. Apakan daya, aku bukan pemimpin mereka. Aku cuma manusia biasa. Aku dengar, aku senyum, dan aku teruskan hidup.Selagi tak terhinggap di batang hidung aku, aku tak peduli. Tapi kalau dah terkena, apa korang rasa aku akan buat?

Mengamuk?
atau lebih senang undurkan diri.
Mungkin ini peneyelesaian terbaik.

Itu kisah aku bergelar pekerja Kolar Biru. Tapi jangan ko ingat aku hamba ko!

Kerana aku cuma menghambakan diri pada Yang Satu.


p/s Nantikan tulisan aku untuk Pilih Kasih. Sekali lagi aku meghambakan diri untuk orang. Jumpa aku di Pilih Kasih setiap minggu. Sempat lagi promote!

Wednesday, May 27, 2009

Sudah tamat

Akhirnya habis sudah.

The last day that i am waiting for the last 2 months. Akhirnya kau tiba jua.

Terima kasih pada semua kenalan baru. Aku tidak mungkin akan melupakan korang.Man. you are the best!!

Banyak perkara yang aku ingin kongsikan tapi macam tak cukup mungkin sampai esok pun tak habis. Mungkin jua korang akan bosan pasal kehidupan aku. Tapi pengalaman ini tak mungkin aku boleh lupakan untuk menjadi orang yang berjaya kelak.Wah, macam berpoltik pulak.

Ilmu, juga aku dapat. Itu yang penting.
Pengalaman, inspirasi tercetus.
Kesungguhan, passion.

Berbual, bergelak ketawa, berkongsi pengalaman, bertukar pendapat, berbincang dengan macam - macam orang. Dari pengurus hinggalah ke kuli bawahan. Oopss, terlepas.

Terlalu banyak untuk aku kongsikan pasal kehidupan. Nantikan gambar-gambar yang aku akan bagi untuk ditonton umum.Ingat, umum ya!


p/s Thanks untuk semua kawan-kawan yang mengenali diri ini.See you in the future.Smile always.

Friday, May 15, 2009

berjiwa rakyat

Semua orang becakap mengenai rakyat.Mahu jadi rakyat berguna kepada raja dan negara kononnya.Ada yang mahu jadi pemimpin berjiwa rakyat tapi cuma berjumpa bila musim mengundi tiba.Alahai pemimpin yang 'berjiwa rakyat'.Bangunlah kerana rakyat Tanah Melayu sudah pandai menilai mana baik mana palsu.

Kepada rakyat semua, pilihlah pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat.Bukan pilih ikut perasaan kamu terhadap pemimpinnya.Ada faham?Tepuk dada tanya lah selera.

Hari ini hari terakhir aku di Brickfield. Aku akan merindui orang-orang yang ingin merindui aku.Aku pun mencuri masa untuk menulis dan harap keadaan ini akan kekal sampai bila-bila.





p/s Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang banyak membantu melahirkan pemimpin yang berjiwa rakyat. Kalau diingat, Cikgu Husni, kamulah cikgu yang membentuk aku menjadi orang yang berilmu.Semoga jasamu dikenang.

Wednesday, May 13, 2009

manusia tamak

Tamak adalah satu sifat yang semua orang benci tapi kadang-kadang kita semua lupa yang kita seorang yang tamak.

Tepuk dada tanya lah selera.

" Hidup Melayu! Hidup Si Polan! Hidup Bangsa!"

Jangan bilang pasal bangsa jika anda di luar tidak tahu apa erti bangsa. Bangsa Melayu untuk siapa?

p/s Siapa Bangsa?Siapa takkan hilang di dunia.