Monday, June 22, 2009

Pentas 3 Pilih Kasih



Malam Sabtu yang lepas, Malaysia dihidangkan dengan Pentas ketiga Pilih Kasih yang membariskan 18 artis yang berentap untuk menjadi pelapis anak seni tanah air. Seperti yang kita saksikan, tema hitam putih atau zaman keagungan P Ramlee dipersembahkan oleh semua 18 artis Pilih Kasih.

Bagi aku yang menjadi penonton malam itu, beberapa artis telah menunjukkan peningkatan tetapi masih ramai yang mencari-cari bagaimana untuk menjadi pelakon yang berjaya. Akhirnya, seorang artis wanita yang cantik telah meninggalkan pentas kerana mendapat undian sms paling rendah. Ana Dahlia terpaksa akur dengan kehendak penonton walaupun bagi aku dia tidak sepatutnya disingkirkan lebih awal.

Peserta yang mendapat undian terendah malam itu ialah

1. Bea Rameshan (sepatutnya terkeluar)
2. Aris Yamin (undian terendah kerana watak tidak menonjol)
3. Ana Dahlia (tersingkir)

Peserta Pilihan JJ pada Pentas 3

1. Fiona Benard
2. Sofian Bujang
3. Reza Hasbi
4. Diwan Nawi
5. Ahdan
6. Ana Dahlia
7. Ammar Sharoni
8. Nabila Dally
9. U.Haizah
10.Aris Yamin







Jadi, kita nantikan Pentas 4 pada malam sabtu ini di TV2. Nantikan kerana anda akan di selubungi ketakutan dan misteri.

Thursday, June 18, 2009

Kehidupan sebagai Pilihan Kasih orang

Drama drama drama...sekarang musim drama.

Kehidupan ini penuh dengan drama. Ada kisah suka, ada kisah duka. tapi yang paling penting kita semua adalah pelakon di atas pentas ini. Jadi, kenapa nak berebut-rebut pergi ke audition rancangan realiti untuk menjadi pelakon?

Kenapa terlalu ghairah untuk menjadi anak wayang atau menjadi pilihan kasih orang? Itu semua mainan manusia. Siapa manusia untuk memilih kita sebagai pelakonnya? Bukan Tuhan itu lagi berkuasa memilih kita sebagai anak wayangNya? Tak cukup berbangga ke? Aku sudah terlalu berbangga menjadi anak wayang selama 24 tahun ini.

Suka?
Duka?
Pilu?
Apa lagi?
Semua sudah aku rasa.

Cuma kita perlu beringat, bukan kita sahaja pelakon ini. Aku, kau, dia, semuanya. Jadi beramanlah kita semua. Kita hanya sementara. Tiada yang kekal selain dari Nya.

p/s Jangan lupa saksikan Pilih Kasih di TV2. Aku bukan pelakonnya, tapi aku ada bersama pelakonnya. Untuk mengetahui cuma taip pilihkasih.hypp.tv

Monday, June 15, 2009

Hidup perlu diteruskan

Maaf sebab sudah lama tak kemaskini blog ini. Mungkin kerana sibuk dengan tugasan di tempat baru. Maklumlah di sini tempat aku bermula, tapi hati aku masih cacamarba dengan pelbagai perkara kerana aku mungkin tidak akan kekal lama di sini.

Tapi hati ini milik Yang Esa, apa sahaja mungkin akan berlaku pada masa depan. Mungkin di sini kerjaya aku berakhir. Siapa tahu? Kita cuma manusia yang menjadi hambaNya dan cuma pelakon di pentas dunia.

Dua minggu di tempat baru dan pelbagai perkara yang aku dengar dari pelakon yang bergelar manusia di sini.
Baik dan buruk.
Positif dan negatif.
Tak kurang juga tikam menikam dan kutuk mengutuk.

Mungkin inilah kehidupan bangsa aku di tanah air aku juga. Apakan daya, aku bukan pemimpin mereka. Aku cuma manusia biasa. Aku dengar, aku senyum, dan aku teruskan hidup.Selagi tak terhinggap di batang hidung aku, aku tak peduli. Tapi kalau dah terkena, apa korang rasa aku akan buat?

Mengamuk?
atau lebih senang undurkan diri.
Mungkin ini peneyelesaian terbaik.

Itu kisah aku bergelar pekerja Kolar Biru. Tapi jangan ko ingat aku hamba ko!

Kerana aku cuma menghambakan diri pada Yang Satu.


p/s Nantikan tulisan aku untuk Pilih Kasih. Sekali lagi aku meghambakan diri untuk orang. Jumpa aku di Pilih Kasih setiap minggu. Sempat lagi promote!