Thursday, June 02, 2011

ibu bapa iblis



alahai sedih bila pagi-pagi dah baca muka depan surat khabar. sampai hati betul si ibu atau ayah sampai sanggup buang anak. sedangkan ramai lagi orang lain yang bersusah payah mahukan anak tapi tiada rezeki lagi. alahai sampai hati kau yang bergelar ibu bapa durjana.

kau pandai main ko pandai la jaga! sungguh bodoh mereka. aku tahu kau pasti main tanpa hubungan yang halal. jangan jadi manusia jika kau mahu berhatikan haiwan. malah lebih teruk dari haiwan. mungkin berhatikan iblis!

sungguh malu aku bergelar manusia. punya sekeliling bersikap ini. kau ingat kau boleh aman? jangan haraplah. Tuhan itu maha adil. pasti kau akan diselubungi dosa-dosa kau. dah la kau main tanpa hubungan yang halal. sekarang kau buang zuriat yang tidak berdosa itu pula. alamak...sunguh malu aku. MALU.

kepada kau yang durjana, semoga kau aman di dunia yang sementara ini. jika kau manusia, bertaubatlah selagi ada masa dan nyawa tidak di hujung kepala.

sebagai pedoman untuk sekelian manusia.

Thursday, May 12, 2011

Kaya kah?

Ya Tuhan lama gila aku dah tak post kat blog ni. Kesian bila sawang ini sunyi lagi sepi. Jangan risau aku bukan sunyi dan sepi pun. Aku terlebih busy. Namapun mencari nafkah untuk diri sendiri. Belom berpunya la katakan. Heeeee.

Selama ini pun aku sibuk menghasilkan sebuah warkah yang sangat diperlukan oleh penyuntik modal di company aku bekerja. Warkah tu tebal. Warkah itu diperakui oleh juruaudit lagi. Tak cukup lagi. Warkah itu sangat berat. Boleh buat income kalu nak jual dengan tauke surat khabar lama. Berkilo-kilo. Kaya.

Sebut pasal kaya ni. Hari ni aku nk cerita pasal kaya. Apa itu kaya? Mungkin bagi orang kaya diuukur dengan wang ringgit. Ada juga mengukur kaya dengan nilai aset yang kita ada. Liabiliti? Pejam mata sudah! Kredit kad? Bayar minimum pun ok apa!

Ada juga kata biar papa asal bergaya. Mangkuk sungguh orang tu! Bagi aku yang tak seberapa kaya ni, cukuplah aku mampu untuk hidup senang di dunia sambil tak lupa akhirat. InsyaAllah.

Kaya bagi aku bila kita mampu adil dalam membahagikan kepentingan dunia dan akhirat. Kiranya, dunia pun senang akhirat pun senang. Faham tak? Balik sila fikirkan. Kaya dunia tak selamanya.

Kaya akhirat yang kita cari. Kekal. Selamanya.

p/s selamat beramal.


Tuesday, March 01, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, January 10, 2011

Semua terpesong


Ha Ha Ha Ha

Semua salah. Semua tersasar. Seperti tersasar melastik burung waktu kecik-kecik.

Semua bila dah salah. Semua marah. Semua kata itu tak betul. Ini tak betul. Jadi siapa yang betul? Janji menang. Teater ke tak teater. Faham ke tak faham.

Yang penting baju kurung dah menang. Hero aku pun menaang. Ko ingat siapa yang aku cuba cerita?

Ha ha ha. Salah lagi. Sila jangan marah ye.

Aku puas. Tolong ingatkan aku.

Thursday, January 06, 2011

Siapa aku


Dua Kosong Satu Satu
Dua Enam

Dua ayat yang membawa seribu pengertian kepada aku. Aku dilahirkan Dua puluh Enam tahun yang lalu. Aku hidup sekarang sesudah melalui suku abad yang singkat,rasanya.

Erm singkat ke?Mungkin sebab aku rasa aku masih muda dan hijau dalam dunia ini. Masih mentah dan masih suci, katanya. Tapi setiap tahun mesti kena terus tanpa menoleh ke belakang selamanya. Sesekali mungkin perlu. Itulah Sejarah. Tapi perlu ke untuk diingati semuanya. Perlu? Tidak? Orang kata ingat yang manis-manis. Motivasi. Yang pahit? Biarkan manjadi sempadan? Suka hatilah. Tapi bagi aku mungkin yang pahit itu lagi penting sebab dari situ kita kenal di mana kita waktu itu dan bagaimana kita menempuhnya untuk tidak lagi menjadi seperti itu.

Sudah suku abad lebih segalanya berlaku. Dulu, aku anak seorang orang bawahan maksud akau orang susah tapi aku ingin merubahnya. Merubah utuk membawa segalanya ke atas. Aku berbangga dengan apa yang aku usahakan itu sekarang untuk naik ke atas dan terus ke atas. Dan terus.

Baik buruk pahit dan manis. Keluargalah segalanya. Mungkin kita pernah lalai sementara semasa dihanyut cinta mahupun diwaktu kita senang. Tapi ingatlah itu semua sementara. Bila susah semua yang ada lari dari kita. Tapi satu yang kekal. Keluarga. Selain Tuhan ynag Maha Esa.

Ingatlah walau separuh abad kau hidup. Walau seemas mana usia kau, kelurgalah segalanya.

Selamat Ulang Tahun ke 26.

mode: mengantuk
lokasi: Abadi Indah
model: The Zuls