Thursday, May 12, 2011

Kaya kah?

Ya Tuhan lama gila aku dah tak post kat blog ni. Kesian bila sawang ini sunyi lagi sepi. Jangan risau aku bukan sunyi dan sepi pun. Aku terlebih busy. Namapun mencari nafkah untuk diri sendiri. Belom berpunya la katakan. Heeeee.

Selama ini pun aku sibuk menghasilkan sebuah warkah yang sangat diperlukan oleh penyuntik modal di company aku bekerja. Warkah tu tebal. Warkah itu diperakui oleh juruaudit lagi. Tak cukup lagi. Warkah itu sangat berat. Boleh buat income kalu nak jual dengan tauke surat khabar lama. Berkilo-kilo. Kaya.

Sebut pasal kaya ni. Hari ni aku nk cerita pasal kaya. Apa itu kaya? Mungkin bagi orang kaya diuukur dengan wang ringgit. Ada juga mengukur kaya dengan nilai aset yang kita ada. Liabiliti? Pejam mata sudah! Kredit kad? Bayar minimum pun ok apa!

Ada juga kata biar papa asal bergaya. Mangkuk sungguh orang tu! Bagi aku yang tak seberapa kaya ni, cukuplah aku mampu untuk hidup senang di dunia sambil tak lupa akhirat. InsyaAllah.

Kaya bagi aku bila kita mampu adil dalam membahagikan kepentingan dunia dan akhirat. Kiranya, dunia pun senang akhirat pun senang. Faham tak? Balik sila fikirkan. Kaya dunia tak selamanya.

Kaya akhirat yang kita cari. Kekal. Selamanya.

p/s selamat beramal.