Wednesday, October 11, 2006

SIARAN WAJIB TONTON

Bila dah masuk bulan puasa ni, banyaklah cerita-cerita menarik sepanjang bulan sampai ke bulan Syawal. Dari cerita memasak untuk kaum ibu hinggalah ke rancangan kartun untuk kanak-kanak. Jadi, tak mustahillah kita sebagai penonton tak menang tangan sebab asyik menukar rancangan tiap kali iklan. Bukan sahaja rancangan Melayu aje yang dah jadi wajib tonton, tapi sampai rancangan barat pun dah mula memikat hati.

Jadi, saya pun sebagai seorang penonton setia tv juga tak menang tangan pilih rancangan menarik sepanjang Ramadhan ni. Baik rancangan perihal agama sampailah rancangan perihal kehidupan. Jadi, kat bawah ni senarai rancangan wajib tonton dari saya

1. Diari Ramadhan Rafique-TV3
2. Seputeh Qaseh Ramadhan-TV3
3. Rafflesia-RTM
4. Natasha (ulangan)-TV3
5. Puteri (ulangan)-TV3
6. The Apprentice-TV3 dan 8TV
6. AlKuliyyah (ulangan)- TV3
7. Siaran langsung Solat Terawih dari Mekah-RTM dan TV9
8. Kiamat Sudah Dekat-TV9
10. Surface-TV3
11. Grey’s Anatomy-NTV7
12. The amazing race (family edition)-NTV7
13. Jack and Bobby-TV3
14. Supernatural-TV3

Jom kita ramai-rami lepak depan tv masing-masing sambil tunggu waktu nak buka puasa. Tengok-tengok juga ibadah sepanjang Ramadhan jangan lupa pula ye! Selamat Menonton.

JANJI

Selepas dah hampir setengah bulan tak update blog sebab sibuk dengan assignment, test dan macam-macam lagi. Dah 17 hari kita semua di bulan mulia Ramadhan ni, rasa macam tak percaya pula sekejap aje masa berlalu. Tapi, apa pun kita mesti teruskan puasa, jangan mudah digoda nafsu. Bila cerita pasal godaan ni, teringat kat kawan-kawan. Bila nampak rokok aje dah tak tahan. Macam mana la nanti kalau ada masalah besar yang akan menimpa pada masa depan, mampu ke nak mengatasinya. ‘Tepuk dada tanya selera.’


Hari ni saya nak cakap pasal janji. Ramai orang termasuk diri saya sendiri tak terlepas dari menabur janji. Tak kisahlah sama ada janji tu kat kawan-kawan ke, ibu bapa ke, ataupun orang teristimewa. Kita suka menabur janji. Bila nak hari raya ni, janji nak belanja buka puasa la, janji nak shopping hujung minggu la, janji nak sahur sama-sama la, ataupun janji nak balik kampung. Tapi, janji kita yang ditabur perlulah di tunaikan. Ini la problem kat manusia zaman sekarang ni. Janji ditabur tapi habuk pun takda. (Hehehe).


Kalau orang Islam, janji yang tak ditunaikan sama macam orang Yahudi. Kita asyik duk kutuk aje Yahudi serang saudara kita nun jauh kat padang pasir tu, tapi kita ada sikit sifat orang Yahudi tu. Fikirkanlah. Bukan Islam aje yang haramkan benda ni, rasanya semua agama juga mnyuruh umatnya jauh dari tidak menunaikan janji. Jadi, marilah kita berfikir sejenak dan tunaikanlah janji yang kita taburkan dekat sesiapa sahaja.


Saya pun berjanji akan jadi blogger yang setia. (Hehehe). Ini permulaan saya untuk menjadi penulis. Saya harap pembaca dan kawan-kawan dapat membantu saya menjadi penulis yang berjaya suatu hari nanti. God willing.