Tuesday, December 21, 2010

kau, aku, dia dan semuanya



Kau orang yang membaca.

Aku orang yang menulis.

Dia orang yang diperkatakan.

Semuanya ialah kau,aku dan dia.

Mungkin sedih bila membaca ada orang yang hilang arah macam ni. Mungkin aku juga marah bila tengok video Azwan Ismail ni. So, mula la aku mencari mana-mana blog yang bercerita. Ada yang marah. Ada yang sokong. Ada yang atas pagar. Aku? Ya aku mungkin marah pada mulanya tapi siapa aku untuk menjadi hakim? Mungkin aku benci dan rasa menyampah bila tengok ada orang berfikiran sempit. Belajarlah setinggi mana tapi tak tahu membezakan Halal dan Haram. GAGAL dalam hidup.

Tapi gagal dia mungkin bukan gagal selamanya. Tuhan kita semua Maha Adil. Mungkin suatu hari nanti dia akan sedar. Sudah-sudahlah aku dan kau membenci dia. Dia sama saja dengan kita semua.

Apa kau rasa pula? Sama dengan aku? Aku benci pada mula.

Marah juga? Mmmmm...kelu lidah aku. Ok mari aku permudahkan.

Kau manusia. Aku manusia. Dia pun manusia juga. Dia sudah jauh menyimpang. Kau rasa Tuhan akan soal dia seorang sahaja ke. Apa tugas kita semua? Nah sila jawab.

Lihat. Marah. Benci. Itu tidak cukup. Kita semua ada peranan. Kita tegur,kita doa dan kita tawakal. Jika masih di begitu. Kita nak buat macam mana? Dia dah pilih jalan sebegitu. Sesat. Jauh tersimpang. Indah di dunia. Tapi panaslah dia di sana.

Jadi marilah sesama kita memainkan tugas kita. Jangan mudah menghukum manusia tanpa kita menegur dan memberi amaran pada mula.

p/s sesiapa di luar yang menyimpan perasaan macam dia, taubatlah kerana anda masih ada masa. Seksual Merdeka katanya. wahai Marina Tun, insaflah. Kau juga punca segalanya.



mode: sedih
tembakan: IIUM, Gombak
tonton: Merlin Season 2 Episod 2

Monday, December 20, 2010

Kemahuan

Wowwwww. Lama gila dah tak update blog. Gila apa aku ni. Nak kata banyak kerja tak juga. Nak kata tak cukup masa tak juga. Then? Kenapa ya? Aku pun tiada jawapan untuk itu. Ahh lantak la. Yang penting aku dah mula ada mood and feel untuk kembali berkarya.

Jadi apa word yang sesuai untuk aku? Pemalas. LLB. Idea kering. etc.

So aku sudah mula untuk memulakan penulisan. Jadi tunggula karya aku yang mungkin tak seberapa di mata kalian. Tapi itulah isi hati aku yang ada taman ala-ala syurga dunia ni.

Aku akan mula merubah beberapa benda dalam blog ini agar kalian lebih mudah mengenali aku dan lebih mudah merasai apa yang aku rasa. ishhh apelah yang aku merepek ni kan!

Ada juga beberapa kawan yang menegur gaya penulisan aku yang agak keras bukannya santai. Erm mungkin itu juga aku cuba ubahkan. Tapi kalau kalian mengenali aku, aku ni memang suka perli orang sikit. Kutuk sana sini la. Tapi nak buat macam mana inilah aku dan inilah blog aku.

Selamat Berjuang!!




mode : Happy
lokasi : Pantai Baru
tembakan : Putrajaya
quote : 'datang la kalau berani!aku mood baik ni'