Wednesday, October 11, 2006

JANJI

Selepas dah hampir setengah bulan tak update blog sebab sibuk dengan assignment, test dan macam-macam lagi. Dah 17 hari kita semua di bulan mulia Ramadhan ni, rasa macam tak percaya pula sekejap aje masa berlalu. Tapi, apa pun kita mesti teruskan puasa, jangan mudah digoda nafsu. Bila cerita pasal godaan ni, teringat kat kawan-kawan. Bila nampak rokok aje dah tak tahan. Macam mana la nanti kalau ada masalah besar yang akan menimpa pada masa depan, mampu ke nak mengatasinya. ‘Tepuk dada tanya selera.’


Hari ni saya nak cakap pasal janji. Ramai orang termasuk diri saya sendiri tak terlepas dari menabur janji. Tak kisahlah sama ada janji tu kat kawan-kawan ke, ibu bapa ke, ataupun orang teristimewa. Kita suka menabur janji. Bila nak hari raya ni, janji nak belanja buka puasa la, janji nak shopping hujung minggu la, janji nak sahur sama-sama la, ataupun janji nak balik kampung. Tapi, janji kita yang ditabur perlulah di tunaikan. Ini la problem kat manusia zaman sekarang ni. Janji ditabur tapi habuk pun takda. (Hehehe).


Kalau orang Islam, janji yang tak ditunaikan sama macam orang Yahudi. Kita asyik duk kutuk aje Yahudi serang saudara kita nun jauh kat padang pasir tu, tapi kita ada sikit sifat orang Yahudi tu. Fikirkanlah. Bukan Islam aje yang haramkan benda ni, rasanya semua agama juga mnyuruh umatnya jauh dari tidak menunaikan janji. Jadi, marilah kita berfikir sejenak dan tunaikanlah janji yang kita taburkan dekat sesiapa sahaja.


Saya pun berjanji akan jadi blogger yang setia. (Hehehe). Ini permulaan saya untuk menjadi penulis. Saya harap pembaca dan kawan-kawan dapat membantu saya menjadi penulis yang berjaya suatu hari nanti. God willing.

No comments: