Wednesday, September 02, 2009

Sinisme oh sinisme

Erm sudah lama rasanya aku tidak menulis di sesawang ini. Mungkin kerana kepala aku diserabuti oleh pemikiran orang-orang yang sinis lagi kolot. Sinis? Ada orang kata gaya penulisan aku agak sinis. Aku sindir, aku kutuk, aku komen dan macam-macam lagi. Semua yang buruk-buruk la.Aku terima dengan hati terbuka cuma sekelumit terkilan.

Aku memang seorang yang suka menyindir orang. Tapi sindiran aku bukan sindiran kosong tanpa membawa sebarang erti. Mungkin orang yang ilmunya cetek sahaja yang tidak faham maksud yang aku ingin sampaikan. Jadi mereka anggap itu kutukan.

Sindiran aku sindiran berguna. Sindiran untuk orang di luar sana faham dan terus memperbaiki diri. Jika kita terus dengan hidup kita tanpa ada orang menyindir, erm hidup la dalam hutan dengan segala haiwan. Kau mahu? Aku tidak.

Aku tidak takut pada sindiran. Jika kau mahu sindir aku, teruskan. Apa aku kisah? Aku juga manusia yang penuh dengan kesalahan. Aku terbuka untuk sindiran jika sindiran itu membina. Aku teruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang atau menuding jari mencari siapa kah gerangan yang menyindir aku. Kau ingat kau sempurna berbanding aku? Tiada sesempurna selain Tuhan Yang Maha Esa. Sedangkan manusia ulung yang kita sanjung, Rasulullah juga di tegur Tuhan. Apatah lagi kita semua. AKu bilang kita semua. Aku, kau, kamu, sesiapa saja yang bergelar manusia akhir zaman.


p/s Aku sindir bukannya aku umpat. Tolong tekan laman sesawang Dewan Bahasa Pustaka cari maksud kedua-duanya jika engkau tidak faham maksudnya.

No comments: