Monday, August 09, 2010

Ketukan layu dari semut rajin

Layukah? Lemaukah? Sayukah? Atau memang lembap. Atau lagi teruk mungkin slow. Ahhhh! Apakan daya. Aku manusia biasa.

Kuketuk-ketuk papan kekeunci namun kupadam semula. Esok, kuketuk sekali lagi tapi apakan daya, segala sel-sel otak aku masih belum berfungsi sepenuhnya. Inilah aku manusia yang lemah. Mungkin kerana kesibukan aku pada kerja. Maklumlah, bekerja kuat la katakan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar cuma sedikit perlahan bagi kami. Tiada apa ditakutkan, cuma permainan perniagaan, adakala rugi adakala untung besar. Adakala untung kecil.

Malu nak cerita.

Jangan terkejut macam beruk hilang anak. Dah nak rugi baru nak potong itu potong ini. Alahai 'gajah besar' dekat atas tu kau makan gaji apa? Sebelum ni tak sedar ke keadaan sebegini akan muncul suatu hari nanti? Nak kata pandai, kau ada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Dr. dan macam lagi. Tapi benda sekecil kuman ini pun kau tak mampu fikirkan. Baik jangan jadi 'gajah besar'. Lupa pulak, gaji kau sepuluh kali ganda 'semut-semut' yang sungguh rajin.Semu macam aku. Rajin. Dari kau potong elektrik, air, atau semua benda untuk 'semut-semut' tu, baik kau potong diri kau sendiri. Lembap. Gajah yang lembap. Bodoh sombong. Kau ingat semut tak boleh fikir ke!

Tapi bukan itu yang aku mahu tulis. Kalau itu, baik aku jadi penganalisis.
Tunggu ketukan aku di entry berikunya. Sabar itu penuh dengan ganjaran.

Thursday, June 17, 2010

Non-halal atau Haram

Susah betul nak mencari konklusi sama ada nak beritahu sesuatu benda itu tidak Halal ataupun Haram. Bezanya apa? Tiada beza? Siapa kata?

Kita selalu nampak di pasar raya babi diletakkan di Non-Halal? Non-Halal untuk siapa? Tepuk dada tanya iman. Non-halal la untuk kita bergelar Muslim. Tapi orang bukan Muslim Halal ke? Mereka ada istilah Halal Haram ke? Takde kan? Jadi? Bagi mereka istilah itu tiada erti pun. Bagi Muslim semestinya. Tapi itu untuk makanan yang berduyun di Negeri Sembilan tu, macam mana dengan kencing syaitan?

Kita tahu itu Haram tapi kenapa ada Muslim masih minum air kencing tu? Haram kan? Tapi kenapa kita masih teguk minuman kotor tu? Pekak. Bisu. Buta. Mungkin juga Bangang. Tak paham haram dan halal.

Dan lagi menarik. Kalau skirt pendek, tops atau apa-apa sahaja yang boley menampakkan aurat itu Halal ke Haram? Iman kata apa? Haram kan? Jadi kenapa Muslim masih pakai skirt pendek, tops atau adik beradiknya? Dah haram-haram la. Jadi, sebaiknya di pasar raya pun kita patut letak tanda Non-Halal untuk pakaian wanita yang mendedahkan aurat.

HARAM. Ada paham! Jangan jadi bangang. Jangan menyesal bila Tuhan panggil nama kau untuk dihitung dosa pahala.

p/s alangkah cantiknya baju kurung di samping tudung yang menutupi rambut dan badan sang wanita.

Tuesday, May 11, 2010

Fakta itu Sejarah?

Fakta adalah fakta. Fakta tidak boleh di ubah? Adakah fakta itu sejarah. Aku tidak rasa begitu.

Kau faham? Oh lupa pulak, kau mix Malaysia, Cina dan India. 1Malaysia la katakan. Aku Melayu tulen. Walaupun sudah tidak nampak ketulenan dalam penampilan aku. Tapi dalaman, kemelayuan aku tetap utuh!

Tapi satu aku perlu terima. Fakta mahupun sejarah itu mungkin ciptaan Illahi. Ini adalah perjalanan hidup yang ditentukan Tuhan. Ini semua sudah ditulis dan mungkin suatu hari hikmah akan terbongkar. Baik mahupun kurang baik mahupun tak baik langsung. Tabah dan teruskan perjalanan.

Itu hidup. Semua sudah ditentukan.

Tuesday, April 27, 2010

Suara-suara sumbang

Suara-suara sumbang itu kembali menghantui aku. Aku telah aman dan damai selama ini bersama orang baru tapi suara-suara sumbang itu kembali merasuk kotak pemikiran aku.

Apa yang kau mahu?Dia?Oh tidak. Aku tak sanggup untuk melepaskannya demi memuaskan nafsu serakah kau. Jadi, jika bukan dia siapa lagi? Buntu aku bila fikirkannya lagi.

Masalahku sudah tak tertanggung. Kerja. Keluarga. Kerabat. Masa depan. Kau mahu tambah lagi satu? Oh tidak. Cukuplah!

Haha..aku suka tetiba. Kau mati dalam jiwaku. Selamat tinggal orang yang sumbang. Sekarang aku cuma mahu buang suara kau yang menyebabkan kerja aku sumabng. Adui....


Pergiiiiiiii!!!

Wednesday, April 14, 2010

Up and Down

Hidup ini bak rama-rama. Kadang-kadang kita di atas. Atau di bawah. Orang kata seperti roda tapi putaran roda terlalu laju hinggakan kita tidak sedar yang kita berada di bawah mahupun di atas. Itulah manusia. Mudah lupa akan asal usul. Keturunan. Mahu mengejar pangkat dan nama tanpa peduli orang yang berada di bawah. Aduhai tolongla faham yang kau berada di atas pun sebab kami. Kami yang undi. Sudah dapat, bukan batang hidung saja tak nampak, nama kami pun kau pijak.

Jadi, ingat yang di atas pun pasti akan ke bawah juga. Jangan ingat kau selamat. Tuhan itu Maha Adil.

p/s baru hendak mula menulis setelah sekian lama hilang. Sepi. Bukan bermakna sudah mati. Kini aku kembali.

Friday, September 04, 2009

Kisah Satu

Satu Malaysia atau 1Malaysia?

Mana satu yang betul ni? Satu Malaysia ke 1Malaysia? Alamak payah betul nak pilih. Ada orang kata satu Malaysia cuma slogan. Ada orang kata juga Satu Malaysia cuma satu sandiwara politik. Ada orang kata juga Satu Malaysia adalah satu bangsa yang duduk di bawah satu bumbung. Adui makin pening kepala aku.

1Malaysia pula? Adakah itu satu sandiwara atau ia cuma satu lambang?Ha susahkan?

Apa yang penting kita semua tinggal di bawah satu negara. Bangsa, mana mungkin jadi satu! Aku Melayu, kau Cina, dan dia India. Kita tiga bangsa yang berlainan. Itulah uniknya Malaysia. Tiga bangsa tapi aman di bawah satu bumbung. Janganlah kita jadi seperti negara seberang kerana obses menjadi satu, lihatlah.Mau jadi seperti itu?

Fikir-fikirkanlah. Aku tetap sokong 1Malaysia!

Thursday, September 03, 2009

Alahai ustaz

'Kau jangan cabar tahap kesabaran aku!!'

Alahai ustaz, sungguh besarkah pangkat ustaz kau? Sungguh maksumkah kau berbanding kami semua? Kami hina sangat ke hingga tidak mampu bersuara.

Alahai ustaz, ingatlah kita ini manusia sementara. Sekarang di bawah, esok lusa siapa tahu kau pula. Jangan sampai bila kami di bawah kau menghina kami sperti orang tak cukup ilmu agama?

Alahai ustaz, kau sudah berpunya walaupun hanya sementara bergelar duda. Aku tahu kau duda pujaan ramai. Muka kau penuh 'Nuuuur', mulut kau penuh dengan kemanisan. Kau pandai berkata-kata hinggakan penyanyi pun boleh terjerat.

Alahai ustaz, kita ini hidup sementara. Tuhan itu tahu siapa benar siapa dusta. Nah ambil lah dugaan ini sebagai balasan kau berdusta di waktu dulu kala. Jangan kau cepat marah atas salah kau sendiri.

Alahai ustaz,kau pulang, renung dan kau taubat.

p/s Ana mengucapkan Selamat Bebuka Puasa.

Wednesday, September 02, 2009

Sinisme oh sinisme

Erm sudah lama rasanya aku tidak menulis di sesawang ini. Mungkin kerana kepala aku diserabuti oleh pemikiran orang-orang yang sinis lagi kolot. Sinis? Ada orang kata gaya penulisan aku agak sinis. Aku sindir, aku kutuk, aku komen dan macam-macam lagi. Semua yang buruk-buruk la.Aku terima dengan hati terbuka cuma sekelumit terkilan.

Aku memang seorang yang suka menyindir orang. Tapi sindiran aku bukan sindiran kosong tanpa membawa sebarang erti. Mungkin orang yang ilmunya cetek sahaja yang tidak faham maksud yang aku ingin sampaikan. Jadi mereka anggap itu kutukan.

Sindiran aku sindiran berguna. Sindiran untuk orang di luar sana faham dan terus memperbaiki diri. Jika kita terus dengan hidup kita tanpa ada orang menyindir, erm hidup la dalam hutan dengan segala haiwan. Kau mahu? Aku tidak.

Aku tidak takut pada sindiran. Jika kau mahu sindir aku, teruskan. Apa aku kisah? Aku juga manusia yang penuh dengan kesalahan. Aku terbuka untuk sindiran jika sindiran itu membina. Aku teruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang atau menuding jari mencari siapa kah gerangan yang menyindir aku. Kau ingat kau sempurna berbanding aku? Tiada sesempurna selain Tuhan Yang Maha Esa. Sedangkan manusia ulung yang kita sanjung, Rasulullah juga di tegur Tuhan. Apatah lagi kita semua. AKu bilang kita semua. Aku, kau, kamu, sesiapa saja yang bergelar manusia akhir zaman.


p/s Aku sindir bukannya aku umpat. Tolong tekan laman sesawang Dewan Bahasa Pustaka cari maksud kedua-duanya jika engkau tidak faham maksudnya.

Friday, August 21, 2009

Kau tiba akhirnya

Akhirnya kau tiba jua.

Aku menanti mu setelah sekian lama. Kau tiba kusambut dengan senyuman yang maha ikhlas. Engkaula penyembuh hatiku. Kehadiran kau membuatkan aku lupa segala bala yang aku cipta. Kau tenang di sebalik segala yang berlaku di dunia ini. Kau segalanya.

Aku sabar dalam menantimu dan aku harap kau jua begitu. Kau jadikanlah aku teman walaupun hanya sementara. Tapi sementara itulah yang amat meggembirakan hatiku. Janganlah kau berlalu pergi begitu saja. Kau jadikanlah aku orang sempurna selepas menemuimu.

Jangan pergi selamanya. Aku merinduimu.

p/s Ramadhan AlMubarak. Ahlan wasahlan.

Monday, August 10, 2009

Seniman Jamal Abdillah




Hebat.
Merdu.
Canggih.
Terpegun.
Tiada cacat cela.

Apa lagi yang patut aku ungkapkan pada malam persembahan Seniman Jamal Abdillah di Istana Budaya. Terpegun dengan vokalnya yang mantap di bantu oleh kehebatan teknologi Istana Budaya. Aku terpegun dengan Istana Budaya dan amat berbangga di Malaysia yang tercinta ini ada juga Istana Budaya yang bertaraf dunia. Tahniah.

Aku bukanlah peminat Jamal tapi bila berkesempatan untuk menyaksikan persembahannya mungkin aku boleh dikatakan peminatnya sekarang. Hahaha

Tahniah Malaysia. Kau tak seburuk yang orang sangka. Aku bangga jadi Anak Malaysia. Walau pemimpinnya bersilih ganti dan bersilih pendapat, aku tetap Anak Malaysia.