Wednesday, September 27, 2006

Tanggungjawab

Dah 4 hari kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni. Jadi tak terlambat jika saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak 1427H. Harap-harap semua dapat memanfaatkan bulan ni dengan meningkatkan ibadah kita kepadaNya. Rasanya macam dah tak sangka kita akan menyambut Hari Raya. Ok lah, saya dah janji dengan kawan-kawan tak nak cerita pasal Hari Raya lagi. Kalau nak cerita, bila dah sebulan puasa.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua Mahasiswa kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar untuk mengundi. Jadi tahniah juga untuk semua wakil pelajar yang dah berjaya. Jadi lepas ni, jangan lupa menunaikan semua manifesto yang dah di rancangkan. Ingatlah yang Kepimpinan ialah Tanggungjawab dan harus dipikul. Dan semua itu akan disoal pada hari akhirat kelak.

Minggu ni ialah minggu untuk menyiapkan assignment. Jadi janganla kita menganggap yang assignment tu satu bebanan. Jadi buatla sehabis yang mungkin dan jadikan assignment tu sebagai satu kayu ukur untuk kita mengetahui sejauh mana kemampuan kita untuk mengeluarkan idea bernas. ok Good Luck

Saturday, September 16, 2006

Exam dan Vote!

Exam!

Itulah perkataan yang mungkin agak sesuai untuk students kat IPT termasuklah saya yang menjadi ahlinya. Jadi exam adalah satu lumrah yang patut kita lalui untuk menentukan halatuju dan masa depan kita sebagai manusia.

Memang semua exam yang saya ambik agak susah tapi malam tadilah malam yang paling menggerunkan. Paper Advanced Accounting memang nak suruh students bunuh diri. Saya sekadar melihat aksi-aksi kawan-kawan saya selepas habis exam. Ada yang nak menangis, nak bunuh diri(hehehe), membisu, dan macam-macam lagila. Bagi saya, memang exam tu susah tapi nak buat macam mana, namapun paper accounting. Confirm susah. Sepatutnya after exam saya dan kawan-kawan dah rancang nak tengok midnite movie ceruta Heart tapi tak jadi coz semua orang tengah tension. Jadi terperaplah kat dalam bilik.


Exam lagi!

Satu lagi bencana exam pada hari Isnin ni. Paper Costing pula nak suruh students bunuh diri kali kedua. Macam-macamla gelagat students accounting nanti. Tapia apa-apapun saya doakan semua akan buat dengan betul-betul. Jangan fikir, soalan tu susah. Mesti boleh jawab punya. Ok. Good Luck


UIAM tercemar!

Itulah perkataan yang sesuai untuk UIAM yang dipimpin oleh Aspirasi di kampus. Mungkin kempen SRC tak sehebat macam MPP uni yang lain. Tapi itulah yang berlaku bila Pilihanraya kat UIA, celaan, kutukan, hinaan dan menunding jari antara satu sama lain. Ingatlah, kita semua warga UIA. Sesiapun yang menang, jangan hancurkan uni kesayangan kita ni.

Untuk students yang nak vote nanti, pilihlah pemimpin yang boleh mewakili suara students dan menyelesikan serta menjaga welfare kita bukan jaga poket sendiri.

Undilah untuk masa depan bersama. Pilihlah dengan bijak dan tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar

We unite for Islam!

Friday, September 08, 2006

Berubah demi masa depan

Hidup manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. Mungkin itu juga yang berlaku kepada saya yang bergelar manusia. Anda, saya, dan kita semua tak lepas dari melakukan kesilapan. Yang membezakan kita hanya bagaimana kita menangani kesilapan itu. Mungkin anda lebih baik dari saya, dan mungkin juga saya lebih baik dari anda. Terimalah seadanya seseorang itu, masing-masing ada kelemahan dan kekuatan.

Semua itu berlaku kepada saya yang masih bergelar hamba Allah dan masih perlukan petunjuk dariNya. Sebagai anak, kawan, hamba tuhan, tutor, student, dan part time worker, saya memohon ampun dari hujung rambut (ada lagike?) hingga hujung kaki. Terimalah seadanya walau bagaimana keadaan saya sekalipun. Terima seadanya.

Dengan sokongan dari famili dan kawan-kawan, saya ingin berubah ke suatu tahap yang lebih tinggi. Thanks a lot kepada kawan-kawan yang menyokong insan naïf bernama Johari Johan Aripin ini. Berubah menjadi insan dan anak merdeka yang mampu menjadi insan terbaik di muka bumi ini.

Berubah demi masa depan. Sokonglah dan terimalah seadanya. Kalian adalah segalanya bagi saya.

Impian dan angan-angan

Setelah seminggu saya menghabiskan waktu bersama famili di kampung, membuat saya terfikir yang keluarga adalah segala-galanya. Mengambil kata-kata Dr. Sheikh Muzaffar yang menjadi calon angksawan Malaysia, selagi ada sokongan yang kuat dari keluarga dan adik-beradik, kita akan mampu menacapi impian kita.

Impian? Apa impian saya? Anda? Mungkin Dr. Muzaffar mengimpikan menjadi warga Malaysia pertama menjadi angkasawan, bagaimana dengan impian saya dan kalian? Ada impian ke, atau sekadar mengikut kemahuan hati dan nafsu untuk menjalani hidup ini?

Fikirkanlah sejenak kenapa kita lahir di muka bumi tuhan ini. Adakah kita ingin mengumpul wang, harta, isteri, suami atau apa-apalah? Atau sekadar menjadi Hamba Allah yang memenuhkan masa di dalam rumah tuhan sahaja? Fikirkanlah.

Impian dan cita-cita itu penting tapi perlu diikuti dengan usaha yang jitu dan berterusan bukan hanya angan-angan tahi ayam.